suria

Serah duit dapat cinta ‘Brad Pitt’, lima individu ditahan perdaya mangsa RM1.4 juta

Brad mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan.

PIHAK berkuasa Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket penipuan atau scammer yang menyamar sebagai pelakon Brad Pitt untuk memperdayakan orang ramai.

Lebih teruk, organisasi berkenaan didakwa berjaya meraih wang berjumlah RM1.4 juta (AS$350,000) daripada beberapa orang mangsa.

Tampil mengulas isu mengaitkan dirinya, Brad menerusi wakilnya memberi amaran keras kepada peminat untuk tidak tepedaya dengan sebarang sindiket penipuan atas talian.

Copy of Untitled - 2024-09-26T150425.380

Brad menegaskan dia tidak mempunyai akaun media sosial.

Jelasnya, dia tidak pernah berhubung dengan mana-mana peminat bahkan mempunyai akaun media sosial peribadi.

"Sangat teruk apabila ada penipu mengambil kesempatan ke atas hubungan kuat peminat dengan selebriti.

"Peringatan penting supaya tidak memberi respons kepada mesej dalam talian sesuka hati, terutamanya daripada pelakon yang tidak mempunyai langsung laman sosial sendiri," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Angelina Jolie fail permohonan tukar nama, enggan dikaitkan dengan Brad Pitt

ARTIKEL BERKAITAN: Hati Shiloh terluka sikap bapa, punca fail gugurkan nama keluarga Brad Pitt

Pada 23 September lalu, Kementerian Dalam Negeri Sepanyol memaklumkan penangkapan lima orang individu yang dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan.

Suspek didakwa berpura-pura menjadi Brad untuk meminta wang daripada mangsa selepas menjanjikan hubungan romantik.

Selain Brad, bintang Hollywood ternama lain termasuk Johny Depp, Tom Hanks dan Florence Pugh turut bersuara mengenai kegiatan scammer berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain