suria

Dua individu tampil mohon maaf, menyesal fitnah Azizah Salsha curang

Azizah maafkan pemilik akaun yang memfitnah dirinya.

PERSONALITI media sosial Azizah Salsha bersemuka dengan dua pemilik akaun media sosial yang menyebarkan fitnah dia berlaku curang.

Azizah atau lebih mesra disapa Zize, 21, juga menerima permohonan maaf dibuat oleh kedua-dua pemilik akaun media sosial tersebut.

Kedua pemilik akaun tersebut adalah Andreas dan N (bukan nama sebenar) telah berjumpa Azizah dan memohon maaf kepadanya.

Azizah harap kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Azizah maafkan pemilik akaun yang memfitnah dirinya.

“Saya menerima permohonan maaf dari Andre dan keluarga, saya harap ini menjadi pengajaran bagi kita semua untuk lebih berhati-hati dan lebih bijak lagi dalam menggunakan media sosial.

"Untuk masa yang akan datang, saya harap jangan sibuk dengan hal peribadi seseorang dan mengeluarkan berita yang tidak sahih. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.

Dalam pada itu, peguam kepada Azizah iaitu Ega Marthadinata, berkata, masih terdapat beberapa individu masih belum tampil membuat permohonan maaf dan pihaknya akan meneruskan dengan tindakan saman.

ARTIKEL BERKAITAN : Kecoh isteri pemain bola didakwa curang, influencer Azizah Salsha tampil ulas kontroversi rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN : 12 individu fitnah Azizah Salsha curang dipanggil polis, mahu pesalah terima hukuman setimpal

“Kami telah melaporkan 12 akaun kepada pihak polis dan ada beberapa yang masih dalam penyiasatan.

“Pihak polis akan meningkatkan tahap siasatan kepada pemilik akaun yang dilaporkan jika tidak menunjukkan niat untuk permohonan maaf,” ujarnya.

Untuk rekod Azizah telah membuat laporan polis terhadap 12 pemilik akaun media sosial yang didakwa melakukan penyebaran berita palsu dan telah mencemarkan nama baiknya pada bulan Ogos 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain