PELAKON veteran Maggie Smith dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat di Westmister, United Kingdom. Maggie yang cukup popular dengan watak Profesor McGonagall dalam siri filem Harry Potter, meghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun. Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh anak mendiang yang memaklumkan Maggie bersama ahli keluarga dan teman-teman rapat ketika akhir hayatnya. Maggie mencipta banyak kejayaan sepanjang berlakon. "Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang pada awal pagi. Dia seorang yang menjaga privasi. Dia aa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan ketika akhir hayat," ujarnya. Maggie dilahirkan pada 28 Disember 1934 di Ilford, England dan memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1952. ARTIKEL BERKAITAN: Usaha ambil Ozempic tidak berhasil, James Corden baru sedar ada masalah ketagihan makanan ARTIKEL BERKAITAN: Serah duit dapat cinta ‘Brad Pitt’, lima individu ditahan perdaya mangsa RM1.4 juta Sepanjang bergelar anak seni, Maggie telah membintangi lebih daripada 50 buah filem dan kali terakhir berlakon adalah menerusi karya berjudul The Miracle Club tahun lalu. Mendiang pernah memenangi dua Anugerah Oscars selain empat kejayaan di Anugerah Golden Globe. Antara watak Maggie yang cukup meninggalkan kesan dalam kalangan penonton pastinya dalam filem Harry Potter dan drama Downtown Abbey. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!