suria

Kes cerai belum selesai, Andrew Andika ditahan polis akibat salah guna dadah

Andrew dikatakan mengambil dadah jenis syabu.

PELAKON asal Indonesia iaitu Andrew Andika ditahan pihak polis pada Khamis lalu atas dakwaan penyalahguaan dadah.

Penahanan Andrew disahkan oleh wakil Balai Polis Jakarta Barat yang memaklumkan pelakon tersebut kini dalam tahanan untuk siasatan.

Lebih menyedihkan lagi penangkapan Andrew itu berlaku beberapa bulan selepas isterinya iaitu pelakon Tengku Dewi memfailkan permohonan cerai.

andrew andika 1

Dewi (kanan) nekad untuk berpisah.

Dewi memfailkan cerai terhadap Andrew pada Mei lalu namun kes perceraian mereka ditangguhkan susulan pelakon berkenaan sedang hamil anak kedua mereka.

Ketika bertemu media pada 24 September lalu, Dewi mengesahkan akan meneruskan proses penceraian sekali gus menafikan dia dan Andrew sudah berbaik.

Bagaimanapun, dia tidak akan sesekali memisahkan Andrew dengan anak-anak mereka malah terbuka jika aktor itu mahu bertemu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah puas bersabar, Sule bagi amaran individu fitnah Mahalini curang... “Kamu tak akan menang kerana tiada bukti”

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Arap sanggup bayar ganti rugi kepada peniaga gara-gara kedatangan IShowSpeed

“Sebelum ini bukan tarik balik tetapi ditangguhkan dahulu memandangkan saya sedang hamil.

"Dia bapa kepada anak-anaknya. Saya tidak mahu halang tanggungjawab dia terhadap anak-anak.

"Walaupun kami tidak baik sebagai pasangan, namun memberi komitman baik untuk anak-anak," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain