KES melibatkan penyanyi rap P. Didddy yang didakwa melakukan kegiatan jenayah pemerdagangan dan keganasan seks menjadi lebih serius apabila kini lebih ramai mangsa tampil sebagai saksi. Seorang peguam yang dikenali sebagai Tony Buzbee mendedahkan firmanya bakal mewakili 50 orang individu yang mahu mengambil tindakan terhadap penyanyi itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya memberitahu mangsa yang terlibat terdiri daripada lelaki dan wanita, selain ada antara mereka yang merupakan golongan bawah umur ketika kejadian berlaku. Diddy mengaku tidak bersalah atas segala tuduhan terhadap dirinya. "Setiap kisah yang diceritakan sangat menyentuh hati. Perbuatan yang diadukan berlaku di hotel, rumah kediaman selain di pesta Freak Off anjuran P. Diddy. "Keganasan yang berlaku ini adalah satu bentuk kezaliman terhadap golongan lemah dan bawah umur yang dilakukan oleh orang berkuasa," jelasnya. Malah pihaknya turut menyebut ada dalam kalangan mangsa yang terus berdiam diri tanpa melaporkan kepada pihak polis. ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy ditahan polis atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual ARTIKEL BERKAITAN: Tahu berita penahanan P. Diddy tapi Justin Bieber enggan masuk campur, mahu fokus jadi bapa dan suami hebat Buzbee juga yakin lebih ramai mangsa yang akan tampil berkongsi pengalaman sama ketika kes tersebut dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat. Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan oleh pihak polis pada 16 September lalu di sebuah hotel atas tuduhan melakukan perbuatan keji sehingga ramai menjadi mangsa. Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu. Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan yang dibuat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!