suria

Suga BTS didenda RM47,000 tunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk

Mahkamah memerintahkan Suga untuk membayar denda sebanyak RM47,000.

ANGGOTA kumpulan BTS iaitu Suga didenda sebanyak 15 juta won (RM47,000) atas tuduhan menunggang skuter elektrik di bawah pengaruh alkohol.

Korea Times melaporkan, sumber memberitahu Mahkamah Daerah Barat Seoul, Korea Selatan mengenakan denda tersebut kepada Suga atau nama sebenarnya Min Yoon Gi pada Jumaat lalu.

Jumlah denda yang dikenakan ini sepadan dengan permintaan awal pihak pendakwaan yang dibuat pada 11 September lalu.

suga - 1

Suga sebelum ini ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Perintah ringkasan biasanya adalah denda atau hukuman yang dikenakan dalam kesalahan yang kecil melalui proses yang cepat tanpa perbicaraan penuh.

Jika Suga menolak untuk membayar denda tersebut, penyanyi berkenaan boleh memfailkan perbicaraan penuh dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal tak fikir panjang sebelum keluar kenyataan, Suga BTS buat permohonan maaf kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Suga BTS masih panas, kali ini ‘haters’ tulis kecaman atas trak pula!

Pada 6 Ogos lalu, Suga ditahan pihak berkuasa selepas didapati terjatuh daripada skuter elektrik di bawah pengaruh alkohol berhampiran kawasan kediamannya di daerah Yongsan.

Kepekatan alkolhol dalam darah Suga dilaporkan pada bacaan 0.227 peratus, jauh melebihi bacaan 0.08 peratus yang tertakluk kepada syarat pembatalan lesen memandu.

Penyanyi itu kemudian dibebaskan di bawah pengawasan polis dan dikenakan denda serta lesen memandunya turut dibatalkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain