PELAKON Nikita Willy mengaku tidak mempunyai kemahiran memasak dan sanggup membayar chef peribadi untuk melakukan pekerjaan itu. Nikita atau nama sebenar Nikita Purnama Willy, 30, berkata dia mengupah chef peribadi bagi menyediakan makanan sepanjang dia sedang mengandung. Ini kerana dia sering membeli makanan daripada luar dan berasakan lebih baik sekiranya dia mengupah chef peribadi. Nikita sering beli makanan di luar. “Chef itu kawan saya, tiada apa yang istimewa pun. Saya sejujurnya tak pandai memasak, kadang-kadang kat rumah makanan tidak terlalu sesuai. “Daripada saya terus beli makanan dari luar, lebih baik ada kawan yang boleh tolong masakan untuk saya,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN : Bakal timang anak kedua Disember depan, Nikita Willy tetap pilih bersalin di Amerika ARTIKEL BERKAITAN : Nikita Willy perlahankan karier selepas hamil anak kedua, belum fikir mahu bersalin di negara mana Nikita juga menyatakan bahawa dia tidak perlu mengeluarkan bajet yang terlalu besar untuk mengupah chef peribadi. “Untuk anak yang kedua ini saya lebih suka makanan tinggi protein contohnya grilled chicken dan steak,” ujarnya. Untuk rekod, Nikita Willy dijangka akan melahirkan anak keduanya pada Disember depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!