suria

Wow! Jennie Blackpink tukar imej rambut ‘blonde’, peminat kata tak sesuai nampak palsu

Jennie tampil dengan imej baharu dengan mewarnakan rambutnya bewarna perang.

AHLI kumpulan Blackpink iaitu Jennie tampil dengan gaya rambut baharu semasa pertunjukan jenama Chanel bagi Minggu Fesyen Paris pada Selasa lalu.

Terkenal dengan gaya mempesonakan, Jennie atau Jennie Kim, 28, dilihat mewarnakan rambutnya dengan warna perang atau blonde.

size NP 1 - 2024-10-02T160912.124

Jennie tampil dengan imej rambut bewarna perang.

Bagaimanapun, tidak semua peminat dapat menerima penampilan terbaharu Jennie itu.

Ini kerana ramai netizen Korea Selatan menyatakan imej yang dipamerkan penyanyi itu tidak sesuai dengan dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat rambut digayakan Jennie tidak sesuai ditambah pula dengan gaya solekannya yang buruk menyebabkan idola itu kelihatan tidak menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap isu hisap vape perkara kecil, peminat di Korea kesal dengan Jennie Blackpink

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu jual buku, lelaki sanggup menipu mengaku bapa Jennie Blackpink

"Gaya rambut itu kelihatan sangat buruk padanya, tambah pula solekan tersebut seperti tidak kena.

"Rambutnya kelihatan seperti rambut palsu. Saya rasa dia perlu menukar rambut dan solekkannya.

"Saya rasa rambutnya akan kelihatan baik di sini jika berwarna hitam," tulis netizen

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain