PELAKON Bollywood Aamir Khan mengambil langkah drastik untuk menerima banyak tawaran berlakon sebelum meletakkan sasaran bersara pada usia 70 tahun. Bagi Aamir, 59, dia tidak mahu mensia-siakan setiap peluang dengan memanfaatkan usianya sekarang sebelum meninggalkan bidang seni. Terbaharu pelakon ini sudah menerima enam tawaran berlakon secara serentak dan perkara tersebut tidak pernah dilakukan sepanjang karier seninya. Aamir harap bakatnya dapat memberi manfaat kepada penggiat seni. "Saya tidak pernah mengambil enam tawaran kerja dalam masa sama. Kali ini saya ada alasan tersendiri. Mungkin ini merupakan 10 tahun terakhir saya bekerja. "Kita tidak boleh jangka apa akan berlaku, mungkin kita akan mati esok. Sebelum melangkah ke usia 70 tahun, saya harap akan menjadi lebih produktif," katanya. Aamir sebelum ini pernah membuat keputusan mengejut mahu bersara awal dalam dunia lakonan sekitar tahun 2022. ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa jaya babak berlari pakai seluar dalam, Aamir Khan pertama kali berbogel dalam filem ‘PK’ ARTIKEL BERKAITAN: Wajah disunting promosi parti politik, Aamir Khan buat laporan polis Namun selepas dipujuk oleh rakan terdekat dan ahli keluarga dia kembali aktif berlakon. Tambahnya dalam usia yang semakin meningkat dia berharap apa diusakan kini juga menjadi tanda sokongan terhadap dunia kreatif termasuk individu bekerja di belakang tabir. "Usia saya semakin meningkat, jadi saya mahu membantu bakat-bakat dalam dunia seni seperti penulis skrip dan pengarah. "Biarlah saya menjadi platform menunjukkan karya mereka sebelum bersara pada usia 70 tahun. Sebab itu saya terima lebih banyak tawaran filem," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!