suria

Gara-gara kualiti video rendah, netizen kata Raffi Ahmad dan Ariel Noah nampak macam pakcik... “Tak sangka mereka artis”

Raffi dan Ariel Noah dikritik netizen menerusi hantaran video di Instagram.

PENAMPILAN pelakon Raffi Ahmad bersama tiga orang rakannya iaitu Ariel Noah, Gading Marten dan Desta ketika bersantai di Tasik Danau Toba mencuri perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram akaun infipop.id, wajah mereka kelihatan berbeza disebabkan oleh penggunaan kamera berkualiti rendah.

Gara-gara itu, individu berkenaan menyangka Raffi dan rakannya adalah orang biasa dan bukannya artis.

Untitled design

Raffi dan rakannya menunggang motosikal ke kawasan Tasik Danau Toba, Medan.

"Saya fikir mereka hanya lelaki biasa yang sedang berehat, saya tidak menyangka mereka adalah artis," tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat meninggalkan komen lucu yang mengatakan Raffi dan rakannya kelihatan seperti pemungut hutang.

Malah ada juga yang berkata penampilan kacak mereka hanya dipengaruhi oleh kamera berkualiti tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad terima ijazah doktor kehormat di Thailand, netizen siasat lokasi universiti tidak wujud

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak pro rakyat, netizen lancar boikot Raffi Ahmad... “Gosip begini sudah biasa bagi saya”

"Mereka nampak seperti pemungut hutang yang sedang berehat.

"Raffi dan Ariel Noah nampak biasa sahaja dalam video ini, seperti pakcik-pakcik.

"Ternyata selama ini saya kacak, cuma kamera saya sahaja yang buruk," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!