PENYANYI IU mengambil tindakan undang-undang terhadap lebih 180 individu yang terlibat dalam buli siber. Menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh agensinya, EDAM Entertainment memberitahu pihaknya sudah mengambil langkah undang-undang sejak 2023. EDAM bekerjasama dengan firma guaman untuk mengumpulkan bukti agar IU dapat memfaikan saman dengan sewajarnya. IU turut mengambil tindakan terhadap bekas rakan sekelasnya. Antara dakwaan-dakwaan jenayah yang dibuat termasuk ugutan, penghinaan, fitnah (melibatkan tuduhan plagiarisme), ugutan bunuh, pelanggaran privasi gangguan seksual, pengedaran bahan lucah dan penciptaan kandungan palsu. Sehingga kini, seramai 180 individu telah dikenal pasti sebagai defendan dan dipercayai seorang suspek merupakan rakan sekelas IU di sekolah menengah. "Agensi (EDAM) kami dengan kerjasama firma guaman telah memfailkan aduan terhadap mereka yang terlibat dalam perbuatan jenayah. ARTIKEL BERKAITAN: IU hantar hadiah kepada penduduk apartment sebelah lokasi konsert, mohon maaf jadi penyebab bunyi bising dan kesesakan lalu lintas ARTIKEL BERKAITAN: Rumput stadium rosak gara-gara konsert, IU sangkal dakwaan perlu ganti rugi "Antara individu yang terbabit adalah bekas rakan sekelas IU di sekolah menengah. Mereka didapati terus menerus menganggu penyanyi berkenaan dan kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang," katanya. Dalam pada itu, agensi penyanyi berkenaan turut menyenaraikan komuniti dalam talian yang dipantau termasuk Nate Pann, Namuwiki, TheQoo, DC Inside (Galeri Drama/Galeri Selebriti Lelaki), SoulDresser, Generasi Wanita, Ygosu, Instiz, Ilgan Best dan MLB Park. Jelasnya dalam kenyataan itu juga, pihak mereka bimbang sekiranya masalah buli siber yang dialami oleh IU dan peminatnya berterusan akibat fitnah dilemparkan dalam kandungan atas talian. IU menjadi mangsa buli siber. "Kami akan terus bertindak dengan lebih tegas. Sudah tiba masanya untuk menghentikan aktiviti buli siber yang dilakukan melalui platform media sosial," ujarnya. Untuk info, netizen yang didakwa oleh IU gagal hadir pada perbicaraan pertama bagi tuntutan ganti rugi yang diadakan di Mahkamah Daerah Pusat Seoul, Korea Selatan. Perbicaraan kedua dijadualkan pada 4 Disember ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!