SYARIKAT pengurusan Varo Entertaiment bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menulis komen negatif kepada artis naungan mereka iaitu Byun Woo Seok. Tindakan itu dibuat demi membersihkan nama Woo Seok selepas dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen. “Baru-baru ini kami (Varo Entertainment) telah membuat keputusan untuk melindungi hak pelakon kami iaitu Byun Woo-seok. “Kami tidak boleh mengabaikan fitnah serta penghinaan yang telah dilontarkan kepadanya dan kami telah mengambil tindakan undang-undang,” kata agensi Woo-seok. Agensi Woo Seok ingin melindungi hak Woo Seok. Dalam pada itu, agensi mendakwa mereka sedang mengumpulkan bukti mencukupi bagi mengambil tindakan undang-undang. Malah agensi mengingatkan menulis komen mengandungi unsur fitnah dan menyebarkan berita palsu adalah satu tindakan jenayah. ARTIKEL BERKAITAN: Artis dapat laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, semua gara-gara Byun Woo Seok ARTIKEL BERKAITAN: Periksa pasport orang ramai secara paksa, pengurusan lapangan terbang saman ‘bodyguard’ Byun Woo Seok “Menulis komen berbaur fitnah, penghinaan, gangguan seksual serta menyebarkan berita palsu yang tidak berasas adalah satu tindakan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. “Kami tidak akan berdiam diri melihat jenayah ini berlaku, kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, tanpa sebarang kelonggaran supaya pelaku menerima hukuman yang setimpal,” ujarnya. Untuk rekod, Woo-seok telah menjadi watak utama dalam drama Lovely Runner iaitu Ryu Sun-jae dan telah mendapat sambutan hangat di 109 buah negara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!