PENYANYI Lisa Blackpink mendedahkan syarikat pengurusan YG Entertainment tidak memberikan sokongan apabila dia menyatakan hasrat ingin bergerak solo. Gara-gara kecewa dengan keputusan agensi itu, Lisa atau Pranpriya Manobal, 27, dikatakan mengambil tindakan berani menubuhkan sendiri pengurusannya iaitu LLOUD. Lisa mahu urus kerjaya sendiri. “Ia merupakan satu risiko yang sangat besar. “Saya hanya ingin sebuah pasukan yang memberi tumpuan sepenuhnya pada saya dan projek solo saya,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN : Keluarga kekasih didakwa derma RM500 juta setahun kepada Zionis, peminat kecewa Lisa Blackpink tergamak jadi tali barut ARTIKEL BERKAITAN : Netizen puji penampilan Lisa, semakin bergaya berbanding bersama Blackpink Dalam pada itu, Lisa mengakui dia sangat memerlukan sokongan ramai bagi memastikan dirinya dapat bergerak solo. “Apabila saya ingin membuat projek solo, saya inginkan sokongan dan saya hendak melakukan sesuatu,” ujarnya. Untuk rekod Lisa telah mendapat tempat dalam terbitan saluran media Vanity Fair dan tersenarai dalam katogeri 2025 The Hollywood Issue. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!