PENGARAH Squid Game mendedahkan dia kehilangan sembilan batang gigi ketika menjalani penggambaran drama bersiri popular tersebut. Hwang Dong Hyuk, 53, berkata, dia kehilangan sembilan batang giginya kerana mengalami tekanan melampau semasa penggambaran musim pertama siri berkenaan. "Saya kehilangan lapan atau sembilan batang gigi akibat stres semasa penggambaran drama Squid Game siri pertama," katanya. Dong Hyuk tetap meneruskan penggambaran Squid Game musim ke-2. Dong Hyuk berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama BBC bagi mempromosikan musim kedua Squid Game. Dalam pada itu, Dong Hyuk tidak menyangkal wang adalah motif utama dia mengambil keputusan tampil dengan musim kedua siri tersebut. "Walaupun siri pertama berjaya mencapai tahap populariti di peringkat global tetapi sejujurnya saya tidak berjaya. "Jadi, saya melakukan siri kedua untuk mengimbangi kejayaan yang pertama. Saya pentingkan 'wang'," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Squid Game‘ buat rayuan kurangkan hukuman, Oh Young Soo menyesal lakukan gangguan seksual ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Squid Games didakwa lakukan penipuan, singkir rakan sendiri selepas pindah saham Sementara itu, ramai netizen terkejut dengan berita itu kerana tidak menyangka tekanan melampau boleh menyebabkan kehilangan gigi. "Tekanan boleh menyebabkan kehilangan gigi? Ini adalah perkara menakutkan! "Betulkah gigi boleh tercabut kerana stres? Ia sangat menyakitkan," komen netizen menerusi platform X. Drama popular Korea Squid Game musim kedua akan ditayangkan pada 26 Disember di platform penstriman Netflix. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!