suria

Tak kisah dianggap pengotor, The Rock mengaku kencing dalam botol

The Rock tak kisah dengan khabar angin mengenai dirinya.

TANPA segan silu pelakon Dwayne Johnson mendedahkan dia akan membuang air kecil menggunakan botol semasa berada di set penggambaran filem lakonannya.

Dwayne atau The Rock, 51, berkata, tindakan itu dilakukan bagi menjimatkan masa rehatnya semasa latihan mahupun ketika menjalani penggambaran.

"Ya, itu memang terjadi," katanya ringkas.

e_the_rock_abc_paula_lobo_11082022

Dwayne sentiasa beri penjelasan mengenai khabar angin yang berlaku.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemubual Majalah GQ.

Jelasnya, dia sudah lama ingin mengakui mengenai khabar angin yang tersebar itu namun tidak mempunyai kesempatan berbuat demikian.

Bagaimanapun, dia juga sempat menyangkal dakwaan dirinya terlewat selama lapan jam ke set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock tak lagi sokong Joe Biden, ikut majoriti pilihan rakyat sebagai presiden AS

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas sedekad jadi pelakon, The Rock akhirnya kembali ke gelanggang WWE

Katanya, pengarah filem ketika itu juga sedia maklum dengan kelewatannya.

"Perkara itu memang terjadi tapi bukanlah selama itu. Saya terlewat kerana melakukan senaman pagi" jelasnya.

Sebelum ini, muncul gosip mendakwa Dwayne mempunyai tabiat buruk kerana gemar membuang air kecil di dalam botol dan menyifatkan perbuatan itu sebagai pengotor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain