suria

Dituduh seleweng wang syarikat, isteri dedah Shuib guna simpanan sendiri bayar gaji pekerja

Watie tampil pertahankan Shuib.

ISTERI kepada Shuib menyangkal tuduhan mendakwa pelakon dan pelawak berkenaan didakwa menyalahgunakan wang syarikatnya iaitu Bubblebee Sdn Bhd.

Wati atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya menjelaskan Shuib sanggup menggunakan wang simpanan sendiri bagi tujuan membayar gaji pekerja.

"Dia sudah bertahun tak ambil gaji malah setiap bulan tambah duit poket sendiri untuk bayar gaji pekerja," katanya.

shuib 3

Watie tolak dakwaan Shuib guna wang syarikat.

Watie menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Rabu membalas satu kenyataan fitnah terhadap Shuib.

Dalam kenyataan tersebut, ada pihak menuduh Shuib menggunakan wang syarikat untuk mengerjakan umrah di Makkah.

Ia susulan kecoh sebelum ini apabila pelawak itu berdepan tuduhan tidak membayar tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk pekerja Bubblebbe.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat tak bayar caruman Perkeso, Shuib dan pengarah Bubblebee kena denda RM17,500

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib patuh bayaran KWSP pekerja Bubblebee, ambil tindakan saman pihak sebar fitnah

Menjelaskan isu tersebut, Watie memberitahu masalah itu timbul selepas ada kaitan dengan pihak pengurusan terdahulu syarikat tersebut sehingga memberi kesan kepada perjalanan kewangan.

"Pengurusan lama yang bermasalah tetapi akhirnya dia (Shuib) yang difitnah begini.

shuib 2

Shuib dan Watie ketika menunaikan ibadah umrah bersama keluarga.

"Semoga suamiku diberi ketabahan. Insya-Allah dia kenal halal dan haram," ujarnya.

Pada Isnin lalu, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Mereka mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Perkeso tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain