PENAMPILAN penyanyi popular Indonesia Mahalini semasa bercuti bersama keluarga di Belgium menarik perhatian ramai peminat. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram adik iparnya iaitu Putri Delina, Mahalini tampil anggun menggayakan selendang dengan memakai seperti hijab. Bersama perkongsian video itu, Putri turut mengucapkan selamat hari bapa dan meminta pengikutnya menonton hantaran kedua yang di muat naik merujuk kepada video spontan Mahalini. Mahalini dipuji peminat apabila mengenakan selendang. "Selamat hari bapa, terdapat bonus di slide kedua ya," tulisnya. Dalam pada itu, rata-rata peminat meninggalkan komen memuji kecantikan dan penampilan Mahalini walaupun hanya berselendang ringkas. Malah ada juga peminat yang mendoakannya agar suatu hari nanti Mahalini diberikan hidayah untuk berhijrah sepenuhnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 bulan nikah tapi Rizky Febian dan Mahalini belum daftar perkahwinan ARTIKEL BERKAITAN: Sering berbalah awal perkahwinan, Rizky Febian dan Mahalini tak jadi gaduh gara-gara tersasul cakap "Mahalini bertambah cantik apabila memakai tudung. "Kak Lini pakai senget-senget pun sudah cantik, apatah lagi kalau pakai tudung dengan cara yang betul. "MasyaAllah Mahalini, cantik sekali kalau awak memakai tudung. Saya mendoakan awak dapat berhijrah dan dapat mengenakan hijab dengan sempurna," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!