DUNIA hiburan Kpop kecoh selepas anggota kumpulan The Boyz iaitu Sunwoo diserang peminat kurang siuman semasa berada di kediamannya. Dalam laporan itu, Sunwoo atau Kim Sunwoo, 24, dilaporkan telah dipukul berulang kali semasa cuba menahan individu tersebut daripada melarikan diri. "Pada 9 November, satu insiden berlaku di mana sasaeng (peminat fanatik) bersembunyi di ruang tangga dan mendekati Sunwoo yang sedang menuju ke asrama. Sunwoo dihantar ke hospital selepas kejadian itu. "Sunwoo dipukul berulang kali yang dianggap serangan peribadi semasa menunggu bantuan kakitangan. "Sunwoo dan kakitangan kami yang terlibat dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian itu" tulisnya. Perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan The Boyz iaitu IST Entertainment menerusi laman Kbizoom. ARTIKEL BERKAITAN: B.I langgar ‘protokol’ sebagai bintang kpop, turun pentas dekati peminat... Janji kembali ke Kuala Lumpur ARTIKEL BERKAITAN: Yuri (SNSD) berkunjung ke Arab Saudi, peminat puji penampilan tutup aurat siap bertudung Sementara itu, agensi memaklumkan mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terlibat dalam aktiviti yang boleh membahayakan artis naungan mereka. "Kami telah melakukan pelbagai tindakan undang-undang termasuk kedatangan ke kediaman artis tanpa kebenaran, gangguan kehidupan peribadi artis, gangguan jadual peribadi artis, penyebaran berita palsu dan cubaan mencederakan artis," ujarnya. The Boyz dilaporkan akan meninggalkan syarikat pengurusan IST Entertainment selepas kontrak tamat dan bakal berpindah ke One Hundred. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!