DUNIA hiburan Indonesia kecoh selepas pengacara Indra Herlambang dipeluk Lisa ketika anggota kumpulan Blackpink itu hadir ke acara bertemu peminat di Stadium Antarabangsa Beach City di Jakarta pada malam Sabtu. Indra atau Indra Herlambang, 48, yang bertindak sebagai pengacara acara itu menganggap pengalaman dipeluk oleh salah seorang bintang terkenal dunia paling indah dalam hidupnya. "Semua orang, saya dipeluk Lisa! Indra teruja dapat bertemu Lisa secara peribadi. "Saya tak berbohong kalau hari ini adalah salah satu hari terbaik dalam hidup saya," tulisnya menerusi hantaran di platform X. Dalam pada itu, sebagai peminat tegar Blackpink Indra turut meluahkan rasa syukur dapat bertemu Lisa secara peribadi. Malah Indra meluahkan rasa kagum dengan sikap ramah dan mesra Lisa sehingga membuatkan pertemuan itu lebih berharga. "Dapat bertemu Lisa secara peribadi pun sudah cukup seronok apatah lagi merasai kebaikannya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Lisa berani ambil risiko, dedah tak dapat sokongan syarikat pengurusan untuk gerak solo ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga kekasih didakwa derma RM500 juta setahun kepada Zionis, peminat kecewa Lisa Blackpink tergamak jadi tali barut Sementara itu, rata-rata peminat berterima kasih kepada Indra kerana berjaya membuatkan Lisa berasa selesa sepanjang berada di Jakarta. Ramai berasa kagum dengan kebolehannya mengendalikan acara besar bersama bintang terkenal seperti Lisa. "Terima kasih sangat-sangat kerana membuat Lisa selesa. Dia betul-betul gembira semalam di Jakarta. "Awaklah pengacara yang hebat. Lisa sangat beruntung," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!