KETIKA isu membabitkan P. Diddy masih belum reda, nama penyanyi rap Jay-Z pula hangat diperkatakan apabila dia didakwa merogol seorang remaja perempuan. Jay-Z atau Shawn Carter didakwa merogol remaja berkenaan yang ketika itu berusia 13 tahun ketika menghadiri acara 'after party' MTV Music Video Awards (VMA) pada tahun 2000. Remaja berkenaan yang kini berusia 37 tahun dikenali sebagai Jane Doe mendakwa perbuatan terkutuk itu turut dilakukan bersama P. Diddy. Jay-Z menafikan dakwaan tersebut. Tampil mempertahankan diri, Jay-Z bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut malah menyifatkan tuduhan tersebut dibuat bagi memburukkan reputasinya. "Saya menerima surat tuntutan saman daripada seorang peguam yang saya percaya cubaan memeras ugut. "Dia ingat dengan menuduh saya (merogol) dan mendapat perhatian ramai akan membuatkan perkara ini selesai? Tidak sama sekali," katanya. Dalam pada itu, suami penyanyi Beyonce itu berkata dia tidak akan tunduk terhadap tuntutan pihak terbabit apatah lagi menggunakan wang bagi membersihkan namanya. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi parti mewah, P. Diddy cuma diberi hidangan biasa sambut ‘birthday’ dalam penjara ARTIKEL BERKAITAN: Chris Brown dituduh rogol wanita atas kapal layar mewah... Dakwa ada pihak cuba jatuhkan karier Sebaliknya meminta pihak berkenaan membuat laporan polis sekiranya benar dia merogol wanita tersebut. Sebelum ini, ramai menjangkakan Jay-Z akan menjadi sasaran seterusnya selepas P. Diddy terpalit dengan pelbagai dakwaan jenayah seksual. Malah nama Jay-Z juga terpalit dalam kontroversi membabitkan P. Diddy. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!