suria

Badan jadi kebas selepas 3 kali mengurut di spa, penyanyi Thailand Chayada meninggal dunia

Chayada disahkan maut akibat jangkitan darah dan pembengkakkan pada otak selepas menjalani urutan.

PENYANYI asal Thailand iaitu Chayada Prao-hom meninggal dunia selepas menjalani tiga sesi urutan di bahagian leher di sebuah spa di Wilayah Udon Thani, Thailand.

Kematian Chayada yang juga anggota kumpulan Guitar Record disahkan berpunca akibat jangkitan darah dan pembengkakkan pada otak.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, penyanyi itu sempat meceritakan kepada peminat berkenaan keadaan kesihatannya menerusi hantaran di Facebook pada 6 November lalu.

Menerusi hantaran tersebut, Chayada memaklumkan dia menjalani urutan kerana mengalami sakit belakang selepas melakukan persembahan.

Copy of Untitled - 2024-12-09T130027.793

Chayada dilaporkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Selepas urutan pertama, penyanyi itu memberitahu separuh badannya merasa kebas dan lengan kirinya tidak boleh digerakkan.

Kondisinya semakin parah apabila keseluruhan badannya langsung tidak dapat digerakkan malah mengalami sakit kepala melampau selepas melakukan urutan kali kedua.

Susulan itu, penyanyi itu memberitahu dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

Selepas sesi ketiga pula, Chayada mengadu tangannya membengkak selama seminggu dan seluruh badannya mula berasa kebas sehingga menyebabkan tubuhnya menjadi lemah.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rap, Chinx Drugz Mati Dibunuh

ARTIKEL BERKAITAN: Mati dalam penjara, penyanyi Moneysign Suede ditikam banduan lain

"Saya harap cerita saya ini boleh menjadi pengajaran buat semua yang suka pergi mengurut. Saya perlu sembuh kerana banyak kerja kena buat," katanya.

Penyanyi itu bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital yang terletak di Wilayah berkenaan.

Teman lelaki Chayada berkata dia bakal mengambil tindakan undang-undang susulan kematian kekasihnya itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sokongan Perkhidmatan Kesihatan (HSS) iaitu Arkom Praditsuwan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut dan menyemak sama ada pusat urut tersebut memiliki lesen dan mematuhi piawaian urut tradisional Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain