BEKAS isteri Tom Cruise menyangkal dakwaan pelakon terkenal tersebut ada meninggalkan tabung amanah bernilai jutaan dolar buat anak perempuan mereka iaitu Suri Cruise. Aktres Katie Holmes, 46, menjelaskan berita berkenaan adalah palsu dan Tom tidak pernah membuat sebarang tabung amanah. "Tidak benar... Daily Mail tolong berhenti mereka-reka cerita," katanya. Katie membesarkan anak perempuannya iaitu Suri sendirian. Katie menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad. Khamis lalu, Daily Mail menerusi laporannya mendakwa Suri bakal bergelar seorang jutawan selepas bakal menerima tabung amanah bernilai jutaan dolar. Pelakon itu juga telah menetapkan sebahagian wang akan diakses Suri pada umur 18 tahun dan sepenuhnya apabila berumur 30 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise tak hadir majlis graduasi anak, berseronok di konsert Taylor Swift ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10 tahun diabaikan, anak Tom Cruise tukar nama keluarga "Ia adalah sebahagian daripada perjanjian penceraian bahawa tabung amanah Tom Cruise disediakan kepada Suri apabila dia berumur 18 tahun. "Dia dibenarkan mengaksesnya apabila berumur 18 tahun pada April lalu. Wang selebihnya akan diterima apabila dia memasuki usia 30 tahun," kata sumber. Untuk rekod, Katie dan Tom mendirikan rumah tangga pada November 2006 dan berpisah selepas enam tahun bersama iaitu pada 2012. Bagaimanapun sejak bercerai, Tom didakwa tidak pernah lagi bertemu dengan Suri malah tidak memberi sebarang nafkah kepada Katie bagi membesarkan anak mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!