suria

Lagu baharu Rose buat peminat berteka-teki, percaya Jaden Smith bekas kekasihnya

Peminat menadakwa Jaden merupakan bekas kekasih Rosé.

ANGGOTA Blackpink iaitu Rosé baru sahaja melancarkan album terbaharu yang diinspirasikan daripada kisah percintaannya yang terkandas di tengah jalan.

Malah salah satu lagu dalam album tersebut berjudul Toxic Till The End ditulis berkisarkan tentang bekas kekasihnya namun tidak didedahkan identitinya.

Bagaiamanapun berdasarkan lirik dan petunjuk dalam muzik video, ramai peminat beranggapan bekas kekasih yang dimaksudkan Rosé adalah pelakon Jaden Smith.

Copy of Untitled - 2024-12-08T144105.004

Antara foto mesra Rosé dan Jaden yang jadi bualan peminat.

Antara bukti yang menguatkan andaian peminat adalah bekas teman lelaki Rosé dikatakan seorang pemain skateboard dan memiliki potongan rambut botak berwarna pink.

Kesemua petunjuk tersebut sepadan dengan Jaden malah pelakon itu juga pernah menulis sebuah lagu berjudul Roses sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Jaden juga pernah beberapa kali menggunakan nama 'Rosé' dalam lagu-lagunya bagi mengambarkan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘So Long London’ buat peminat Taylor Swift marah, Joe Alwyn tutup komen IG

ARTIKEL BERKAITAN: Suara macam rakaman studio, netizen dakwa Rose ‘miming’ semasa persembahan pentas dengan Bruno Mars

Kedua-dua selebriti berkenaan dilaporkan tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram bahkah Jaden turut bertindak memadam fotonya bersama Rosé di laman X.

Kesemua bukti tersebut seolah-olah mengukuhkan lagi spekulasi bahawa Jaden merupakan lelaki yang menjalinkan hubungan cinta bersama bintang Kpop itu.

Bagaiamanapun, pihak Rose mahupun Jaden kekal berdiam diri dan enggan mengesahkan desas desus tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain