PERSONALITI media sosial Indonesia Ria Ricis meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat tidak lama lagi. Kata Ria, 29, hasrat itu timbul selepas anak perempuannya iaitu Cut Raifa Aramoana, 2, meminta adik sebagai peneman dia bermain. Moana beritahu Ria, dia mahukan seorang adik. "Dulu saya sangat teringin anak lelaki, saya fikir dia sudah cukup dewasa untuk mempunyai teman bermain. "Jadi saya ingin mengambil anak angkat agar dia tidak kesunyian. "Saya sudah ada rancangan sebenarnya. Doakan saya. Sebab dia (Moana) ada meluahkan hasrat nak seorang adik," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis, Teuku Ryan sah cerai talak satu... Mahkamah arah bayar nafkah anak RM2,900 sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan tak bagi jumpa anak melampau, Ria Ricis geram Teuku Ryan sanggup upah rider hantar balik rumah Dedah Ria sudah banyak pihak menghubunginya mahu menawarkan anak angkat namun dia masih dalam proses memilih. "Memang ramai yang tawar termasuk dari klinik, hospital dan orang persendirian tetapi masih dalam fasa memilih," jelasnya. Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan pelakon Teuku Ryan pada 12 November 2021 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada 3 Mei 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!