suria

Bimbang tiada tawaran lakonan, Jeon So Min tak malu kerja ‘part time’ di kafe

So Min terpaksa berkerja di kafe kerana bimbang tiada punca pendapatan.

PELAKON Jeon So Min mendedahkan dia terpaksa berkerja separuh masa di sebuah kafe selepas meninggalkan program Running Man.

So Min mengambil keputusan tersebut kerana bimbang tiada sumber pendapatan memandangkan kurang menerima tawaran lakonan pada ketika itu.

"Sejujurnya saya agak risau ketika itu. Tambahan lagi industri drama dan filem Korea tak berapa baik. Saya juga tak dapat tawaran projek sangat.

Copy of Untitled - 2024-12-14T130607.528

So Min memberitahu rata-rata peminat terkejut mengetahui perkara itu.

"Saya takut tak mampu bertahan tanpa Running Man dan sebab itulah saya pilih berkerja sementara di kafe kawan saya," katanya.

Tanpa rasa segan, So Min memberitahu ramai peminat yang terkejut melihat dirinya melakukan perkerjaan selain daripada berlakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Yang Se Chan & Jeon So Min Sertai Keluarga 'Running Man'

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Cinta Di Antara Jeon So Min & Lee Kwang Soo

Namun rata-rata mereka menerima positif perkara itu malah jumlah pelanggan semakin meningkat sejak kehadiran So Min.

"Ramai juga yang terkejut bila dapat tahu saya berkerja di kafe malah ada yang tak percaya sebab ingatkan saya hanya lakukan pengambaran.

"Bos siap minta saya jangan pakai topi atau pelitup muka sebab nak tarik lebih ramai pelanggan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain