suria

Selalu pakai labuh, netizen tak senang tengok Larissa Chou bertudung singkat buat video menari

Larissa dikutuk netizen susulan memakai tudung singkat.

PERSONALITI media sosial dari Indonesia Larissa Chou dikritik peminat apabila memperlihatkan dirinya menari dalam satu video yang dimuat naik di media sosial.

Netizen meluahkan rasa kurang senang melihat Larissa, 28, menari dengan mengenakan pakaian ketat dan tudung singkat.

Video itu dikongsi bagi tujuan mengingatkan pengikutnya mengenai siaran langsung yang akan dilakukan bagi pelancaran produk baharu.

Untitled design (4)

Larissa dan Alvin Faiz dikurniakan dua orang cahaya mata.

"Pertama kali melakukan ini. Jangan lupa sertai live 12.12 khas pelancaran produk baharu!" tulisnya menerusi hantaran Instagram pada Khamis.

Sebelum ini, Larissa dikenali sebagai seorang muslimah yang mengenakan pakaian sopan.

Gara-gara video dikongsi itu, peminat mula mempersoalkan penampilannya termasuk tudung singkat yang dikenakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pempengaruh Indonesia Saal Haerid juara ‘All Star Influencers Award 2024’, tewaskan peserta dari 9 negara termasuk Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna janji tunai umrah sebagai lelaki, tak tergamak persenda agama

Malah ada juga yang menasihatinya supaya tidak terikut dengan trend semasa yang melawan hukum agama.

"Saya sudah biasa melihat dia nampak elegan dan mahal. Tidak seperti ini. Terkejut dibuatnya.

"Hebatnya tudung. Kenapa sekarang makin singkat?.

"Wahai Risa yang cantik, soleh dan baik hati, kami meminta dengan ikhlas supaya jangan mengikuti trend semasa okay?” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain