PENYANYI dangdut Indonesia, Siti Badriah mengumumkan berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Khabar itu dikongsikan oleh suaminya iaitu Krisjiana Baharudin menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu. Malah, suami kepada Siti Badriah, 30, itu turut meluahkan rasa syukur atas kehamilan anak kedua itu. Berita gembira itu dikongsi menerusi hantaran di Instagram. "MasyaAllah. Alhamdulillah. Xarena (anak pertama) bakal memiliki adik,” katanya. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis. Rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga urusan penyanyi lagu Lagi Syantik ini dipermudahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat tentangan penduduk Melayu Riau, Siti Badriah tampil sopan sebelum naik pentas ARTIKEL BERKAITAN: Suami sendiri panggil Siti Badariah hodoh dan orang kampung, sedar diri hanya pilihan kedua Untuk rekod, Badriah dan Krisjiana mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2019. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahata mata perempuan iaitu Xarena Zenara yang kini berusia 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!