suria

Yesong dihukum penjara 8 tahun, memandu ketika mabuk sehingga menyebabkan kemalangan maut

Langgar penunggang motosikal hingga maut, Yesong dipenjara 8 tahun.

DEEJAY terkenal Korea, Yesong dihukum penjara lapan tahun kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Menurut laporan pada Februari lalu, Yesong atau Ahn Ye Song, 23, didakwa telah melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Gangnam, Seoul.

Malah, Yesong dikatakan cuba melarikan diri dari tempat kemalangan itu.

Untitled design (4)

Yesong dilaporkan memandu dalam keadaan mabuk.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pengaruh alkohol pada dirinya ketika itu.

Oleh itu, Mahkamah Agung Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun susulan Yesong gagal membantu mangsa dan cubaan melarikan diri.

Yesong bagaimanapun membuat rayuan untuk membawa kes tersebut ke perbicaraan kedua bagi mengurangkan tempoh hukuman.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun meringkuk dalam penjara, Jung Joon Young akhirnya bebas

ARTIKEL BERKAITAN: Kali kedua ditahan memandu dalam keadaan mabuk, Shin Hye Sung kena penjara 6 bulan

Setelah mengaku bersalah dan mencapai penyelesaian bersama keluarga mangsa, hukuman Yesong akhirnya dikurangkan kepada lapan tahun.

Pada 10 Disember lalu, Mahkamah Agung Korea Selatan mengesahkan hukuman tersebut mengikut undang-undang jenayah berat.

Dikhabarkan Yesong memfailkan rayuan sekali lagi, namun mahkamah menolak sekerasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain