suria

Jung Woo Sung mengaku tidak pernah mencintai Moon Ga Bi, netizen anggap kenyataan melampau

Woo Sung mendedahkan tidak pernah mencintai Ga Bi (kanan).

TINDAKAN pelakon Jung Woo Sung mendedahkan tidak pernah mencintai model Moon Ga Bi dianggap keterlaluan oleh netizen di media sosial.

Allkpop melaporkan, menerusi sebuah artikel yang disiarkan oleh Newsis, Woo Sung memberitahu dia tidak mencintai Ga Bi dan enggan berkahwin dengan wanita berkenaan.

Pendedahan yang dibuat pelakon filem Scarlet Innocence itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang menyifatkan Woo Sung tidak sensitif dan kenyataan itu pasti akan memberi kesan terhadap anak mereka pada masa hadapan.

gabi1 - 1

Netizen selar pengakuan Woo Sung terhadap Ga Bi (kanan).

"Saya kasihan dengan anak dia. Bayangkan bila dewasa nanti anak itu akan tahu bahawa dia adalah cahaya mata daripada hubungan skandal yang menggemparkan seluruh negara.

"Adakah dia (Woo Sung) bangga mempunyai anak dengan seorang wanita yang dia tidak cintai? Anak yang dilahirkan itu nanti benar-benar layak mendapat simpati ramai," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Woo Sung mengaku bapa kepada anak Moon Ga Bi, syarikat pengurusan tampil beri penjelasan!

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia Jung Woo Sung mula terbongkar, rupanya ada 3 teman wanita termasuk skandal bersama isteri orang

Sebelum ini, Woo Sung mendedahkan dia adalah bapa kandung kepada anak model, Ga Bi.

Malah dia juga sudah berjumpa dengan Ga Bi untuk melakukan perbincangan mengenai anak mereka itu.

Untuk rekod, Ga Bi dan Jung Woo dilaporkan mulai rapat pada tahun 2022 namun tidak pernah menjalinkan hubungan secara rasmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain