suria

Cedera dibaling kaca semasa sambut ‘birthday’, Jamie Foxx terpaksa dikejarkan ke hospital

Jamie menyifat kes ini sebagai perbuatan khianat.

PELAKON Jamie Foxx menerima rawatan di hospital akibat terkena serpihan kaca di muka semasa menyambut ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada jumaat.

Wakil kepada pelakon itu memberitahu Jamie pada ketika itu sedang menyambut ulang tahun dan secara tiba-tiba seseorang membaling gelas ke arah Jamie.

“Seseorang dari meja lain membaling gelas dan mengenai bahagian mulut Jamie.

“Jamie terpaksa mendapatkan jahitan dan kini dia semakin pulih, laporan polis telah dibuat dan kes ini akan disiasat mengikut undang-undang,” katanya.

Laporan polis telah dibuat terhadap insiden ini.

Kesihatan Jamie semakin pulih.

Sementara itu, Balai Polis Beverly Hills (BHPD) berkata kejadian itu berlaku disebabkan pertengkaran fizikal antara mangsa dan pelaku.

“Insiden ini melibatkan pertengkaran fizikal antara mangsa dan pelaku.

“Kami telah menjalankan siasatan awal dan tiada tangkapan dibuat,” ujarnya.

Menerusi satu hantaran di instagram, Jamie turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang telah membawanya ke hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Lawak Jamie Foxx ada maksud tersirat, dakwa P. Diddy punca dia terbaring koma 20 hari

ARTIKEL BERKAITAN: Jamie Foxx koma 20 hari angkara pil tidur, hilang ingatan selepas sedar

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya serta mendoakan saya.

“Ini semua berlaku akibat orang terlalu dengki dengan kejayaan yang saya kecapi,” luahnya.

Untuk rekod, Jamie telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57 pada Jumaat lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain