suria

Terlalu seksi sambut krismas! Netizen sakit mata tengok Paris Hilton cuma tutup badan pakai reben merah

Paris dikecam netizen kerana terlalu seksi menyambut krismas.

PENAMPILAN selebriti terkenal Paris Hilton semasa menyambut perayaan krismas mengundang kecaman dalam kalangan netizen di media sosial.

Ini kerana ramai yang berasa kurang senang dengan penampilannya yang hanya memakai reben menutup bahagian hadapan tubuhnya.

Lebih mengundang kontroversi, apabila dia mengatakan bahawa kehadirannya adalah sebagai satu hadiah.

Untitled design (29)

Paris anggap dirinya sebagai sebuah hadiah semasa sambutan krismas.

Gara-gara klip pendek videonya itu, ramai menulis komen negatif dan menganggap Paris mahu mendapatkan perhatian.

Malah ada yang berpendapat bahawa Paris seharusnya lebih sensitif dengan perayaan yang disambut itu.

"Sangat dahagakan perhatian. Ia merupakan hari keagamaan. Hormatlah!

ARTIKEL BERKAITAN: Paris Hilton sangkal pernah suntik botoks, kecantikan dimiliki semula jadi

ARTIKEL BERKAITAN: PTSD punca Paris Hilton pilih kaedah ibu tumpang dapatkan 2 cahaya mata, tengok jarum pun trauma!

"Saya rasa benda ini tidak perlu. Awak dah peroleh banyak perhatian.

"Kenapa begini Paris? Simpan saja di dalam bilik tidur," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain