suria

Tutup muka guna stiker monyet, Vadel Badjideh kecewa kumpulan Radja tak profesional

Vadel bimbang wajahnya akan menjadi bahan ketawa ramai.

NAMA Vadel Badjideh sekali lagi menjadi bualan ramai selepas dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kumpulan Radja.

Ia susulan tindakan pihak pengurusan Radja menutup wajahnya dengan stiker monyet dalam muzik video lagu baharu mereka berjudul Apa Sih.

Kata Vadel dia bimbang tindakan itu akan menambahkan lagi kebencian orang ramai selepas isu dia bercinta dengan anak Nikita Mirzani heboh diperkatakan.

vadel 2

Hasil kerjasama Vadel dan Radja tidak seperti yang diharapkan.

"Gambar monyet itu membuatkan saya rasa kesal. Sebelum ini saya sering dikatakan seperti monyet dan lali ini terjadi lagi.

"Sekarang netizen sudah tidak bercakap tentang itu dan mula memberi sokongan. Saya bimbang perkara ini akan kembali lagi kata-kata muka Vadel seperti monyet," ujarnya.

Lebih mengecewakan lagi, hasil akhir muzik video berkenaan tidak seperti yang dirancang kerana pada awalnya Vadel sudah diminta untuk tampil menyanyi dan menari.

ARTIKEL BERKAITAN: Vadel Badjideh mahu kahwin anak Nikita Mirzani, nafi rogol dan paksa kekasih gugurkan kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Buka aib teman wanita, netizen serang kekasih anak Nikita Mirzani

Vadel juga memberitahu dia sudah berbincang tentang perkara tersebut dengan pihak pengurusan Radja, namun jawapan yang diterima juga membuat dia merasa kesal.

"Saya memberikan sepenuhnya dan keluar dari zon selesa. Tetapi suara saya tidak dimasukkan. Saya anggap kumpulan Radja tidak profesional.

"Saya bercakap tentang perkara ini selepas mereka menghantar video preview. Namun mereka tetap muat naik video tersebut," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain