PELAKON Indonesia Nita Gunawan memberitahu dia menginginkan seorang lelaki berkarakter nakal untuk dijadikan pasangan hidup. Nita, 33, dia berpendapat lelaki digelar bad boy ini lebih mempesonakan dan berbeza daripada kebanyakan lelaki lain. "Kalau tengok lelaki nakal, nampak macam lebih menarik. Saya lebih suka lelaki yang nakal seperti itu. Nita anggap lelaki nakal menyeronokkan. "Cuma nakal dari segi karakter, tetapi bukan perangainya yang sebenar. Bad boy nampak style," katanya. Dalam pada itu, pelakon ini turut menjelaskan bahawa lelaki nakal lebih mudah untuk menyesuaikan diri. Sifat itu dikatakan menjadikan hubungan lebih bahagia dan tidak membosankan. ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa ada hubungan dengan Raffi Ahmad, Nita Gunawan anggap gosip hanya rekaan netizen ARTIKEL BERKAITAN: Selepas gosip skandal dengan Raffi Ahmad, muncul banyak akaun IG guna nama Nita Gunawan "Lelaki nakal boleh diajak kemana-mana sahaja seperti berkayak, tengok konsert dan layan DJ. Malah boleh diajak ke Bali, kelab pantai dan sebagainya. "Lebih seronok kalau seperti itu, jadi saya tidak mudah bosan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!