suria

Suami tak bagi pantang selepas bersalin anak pertama, Kimberly terkejut tiga bulan hamil lagi

Kimberly dedah bekas suami melarangnya berpantang.

PELAKON Indonesia Kimberly Ryder mendedahkan bekas suaminya iaitu Edward Akbar pernah melarang dia daripada berpantang selepas bersalin anak pertama pada tahun 2019.

Menurut Kimberly atau Kimberly Alvionella Ryder, 31, Edward yang ketika itu masih bergelar suaminya berpendapat bahawa amalan berpantang adalah tidak penting.

"Bila saya bersalin anak pertama, dia kata tidak perlu berpantang, biar sembuh semula jadi.

Untitled design (13)

Kimberly kini menjaga kedua-dua anaknya.

"Pada masa itu, saya mahu berpantang tetapi tidak boleh. Dia kata takut susah nak dapatkan anak lagi.

"Saya mengandung lagi selepas tiga bulan bersalin anak pertama," katanya.

Kimberly berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast bersama Melaney Ricardo pada Khamis.

Dalam pada itu, Kimberly menitipkan pesanan kepada golongan wanita agar sentiasa mendengar kehendak diri sendiri dan bukannya orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru cerai 9 bulan, Irish Bella ada sebab pilih tamat zaman janda

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong fail cerai terhadap isteri, terjawab khabar angin keretakan rumah tangga

"Ini badan awak. Hidup awak. Awak yang mengandung, bukan suami.

"Suami tidak tahu bagaimana rasanya mengandung. Awak perlu jaga badan sendiri," ujarnya.

Untuk rekod, Kimberly dan Edward mendirikan rumah tangga pada 26 Ogos 2018 dan sah bercerai pada 29 November lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayden Starlight, 5 dan Aisyah Moonlight yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain