suria

Blake Lively tak berani keluar rumah, dedah jadi mangsa gangguan seksual Justin Baldoni

Blake (kiri) bersama Justin di dalam filem mereka It Ends With Us.

PELAKON terkenal Hollywood Blake Lively mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual pengarah dan aktor Justin Baldoni.

Blake, 37, berkata gangguan tersebut dilakukan semasa mereka di set penggambaran filem It Ends With Us.

Dakwanya Baldoni menunjukkan video lucah, bercakap mengenai seks serta meminta menambah adegan mesra di dalam lakonan mereka.

Antara babak mereka bersama di dalam It Ends With Us.

Antara babak mereka bersama di dalam It Ends With Us.

Tidak hanya itu, dia juga mendakwa Baldoni memasuki ruangannya tanpa izin yang mana ketika itu dirinya tidak berpakaian.

Katanya perkara tersebut menjadi bahan bualan kru yang berada di set penggambaran.

Sementara itu, suami Blake iaituy Ryan Reynolds berkata kejadian tersebut memberi kesan kepada rutin harian isterinya.

Ryan memberitahu isterinya kini selesa tinggal di rumah dan bimbang ketika keluar ke tempat umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak muat pakai baju berjenama, Blake Lively pernah hilang keyakinan diri gara-gara badan berisi selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Blake Lively Mangsa Gangguan Seksual Jurusolek

Bagaimanapun pihak Baldoni menyangkal dakwaan berkenaan sekali gus menganggap tuduhan tersebut palsu dan memalukan.

"Tuntutan ini palsu, keterlaluan dan sengaja menghina dengan niat menyakiti secara terbuka," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain