suria

Gosip Taemin dan penari tidak benar, agensi bakal ambil tindakan terhadap penyebar berita palsu

Taemin didakwa mempunyai hubungan istimewa bersama penari Noze.

SUSULAN berita palsu melibatkan anggota kumpulan SHINee iaitu Taemin, syarikat pengurusannya Big Planet Made (BPM) akan mengambil tindakan undang-undang.

Ini selepas seorang pengguna X menyiarkan semula spekulasi hubungan antara Taemin, 31, dan penari Noze yang didakwa berlaku pada tahun lalu.

Individu berkenaan memuat naik klip video yang menunjukkan Noze hadir di konsert Taemin sekali gus mencetuskan spekulasi tersebut.

Untitled design (7)

Agensi Taemin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah.

Khabar angin ini telah menjejaskan reputasi Taemin sehingga menyebabkan peminat kecewa dan menyebarkan rasa kebencian.

Oleh itu, BPM Entertainment mengumumkan tindakan undang-undang yang tegas terhadap penyebaran fitnah dan maklumat palsu berkaitan Taemin.

"Kami akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Booklet album Taemin SHINee macam buku lucah! Peminat kecam aksi berahi atas katil, foto ‘spender’ atas lantai

ARTIKEL BERKAITAN: Kes gangguan seksual Onew 'SHINee' ditutup

"Kami akan mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan aktiviti berniat jahat itu daripada berulang kembali," katanya.

BPM Entertainment berkongsi kenyataan itu menerusi platform X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain