suria

Takut dituduh riyak, Iqbaal Ramadhan cuba elak beri alasan tukar imej botak

Iqbaal pada mulanya enggan memberitahu sebab mengapa dia membotakkan kepala.

PELAKON dan penyanyi Indonesia, Iqbaal Ramadhan akhirnya mendedahkan sebab mengapa dia memilih untuk mengubah penampilan berambut botak.

Kata Iqbaal atau Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, 25, dia mengambil keputusan untuk membotakkan kepala kerana rambutnya rosak gara-gara menjalani penggambaran lakonan.

Iqbaal berkata penampilan baharunya itu bukanlah untuk memenuhi tuntutan watak dalam filem atau drama sebaliknya hanya mahu kelihatan lebih segar.

iqbaal - 1

Iqbaal membuat pendedahan menerusi podcast Andre.

"Sengaja (botakkan kepala) biar lebih kelihatan segar. Selepas habis penggambaran baru-baru ini rambut saya rosak, sebelum ini rambut saya sering diwarnakan dan dikerinting, jadi mula rasa gatal-gatal," katanya.

Iqbaal berkongsi perkara itu menerusi sebuah temu bual podcast bersama Andre Taulany yang dimuat naik di saluran YouTube.

Sebelum ini, netizen membuat spekulasi tentang perubahan imej botak yang dilakukan Iqbaal adalah bagi memenuhi tuntutan filem terbaharunya iaitu Perayaan Mati Rasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Iqbaal sumbang tapi peminat maafkan sebab tampan... “Yang penting wajah kacak menutup kelemahan”

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbaal Ramadhan atasi fobia ketinggian, lompat dari tingkat enam tanpa stunt man dalam filem Mencuri Raden Saleh

Menerusi filem tersebut, Iqbaal perlu tampil dengan imej botak namun dalam masa sama rupa-rupanya aktor berkenaan mempunyai sebab lain untuk memilih imej seperti itu.

Menurut Iqbaal, dia baharu sahaja menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dan takut sekiranya dituduh bersikap riyak kerana memilih membotakkan kepala sebagai memenuhi sebahagian daripada tuntutan ibadah itu.

"Sebenarnya saya baru balik dari menunaikan ibadah umrah. Saya takut dituduh riyak," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain