PIHAK pengurusan pelakon Han So Hee iaitu 9Ato Entertainment menolak dakwaan bahawa aktres berkenaan sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi G-Dragon.
Allkpop melaporkan, agensi tersebut menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu khabar angin yang tersebar di media sosial berkenaan hubungan So Hee dan G-Dragon adalah tidak benar.
"Khabar angin mereka sedang bercinta itu tidak benar. Mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa," katanya.
Netizen membuat spekulasi selepas melihat foto G-Dragon dan So Hee (kanan) di lokasi sama.
Sebelum ini, timbul spekulasi di komuniti dalam talian di mana netizen membuat spekulasi dua selebriti itu sedang hangat bercinta.
Menerusi pemerhatian netizen, So Hee dan G-Dragon dilihat merakamkan foto di atas sofa rona hitam yang sama dalam sebuah gambar berasingan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi umur sebenar Han So Hee, agensi tampil jelaskan punca tipu tahun kelahiran
ARTIKEL BERKAITAN: Selipar RM30 dipakai G-Dragon habis terjual, peminat tak sia-sia gelarnya ‘Sold Out King’
Malah kedua-dua mereka turut memuat naik foto gambar dinding yang berlatarkan lukisan grafiti dengan tulisan 'cinta seumur hidup'.
Bagaimanapun, sebelum itu wakil daripada pihak G-Dragon iaitu Galaxy Corporation turut menafikan khabar angin percintaan dua selebriti popular Korea itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!