SUAMI kepada penyanyi dangdut Siti Badriah iaitu Krisjiana Baharudin berkongsi khabar duka memaklumkan isterinya terpaksa menggugurkan seorang bayi kembar mereka. Krisjiana memberitahu bahawa Badriah, 30, disahkan hamil anak kembar tetapi salah satu daripada janin tersbeut perlu dikeluarkan kerana berada di luar rahim. "14 Oktober, sebulan setelah mengetahui Siti hamil, kembali mengejutkan apabila ketahui Siti hamil anak kembar. Baru-baru ini Siti mengumumkan kehamilan keduanya. "Malam itu Siti harus menjalani pembedahan untuk mengeluarkan satu janin dan rahim yang ada di saluran tuba sebelah kanan," katanya. Krisjiana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Krisjiana meluahkan rasa sedih apabila mengenangkan keputusan untuk melepaskan bakal bayinya itu. Krisjiani berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. Bagaimanapun kata Krisjiana, jika isterinya meneruskan kandungan itu kemungkinan berdepan komplikasi serius yang boleh membawa maut. "Pembedahan dilakukan pada keesokan pagi. Berat rasanya harus mengeluarkan bakal bayi yang sudah ada degupan jantung. "Tapi kalau dibiarkan, nyawa Siti akan terancam," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Badriah umum berita gembira bakal timang anak kedua ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih Siti Badriah rupanya gay, suami tak cemburu mereka berkawan rapat Pada 14 Disember lalu, Krisjiana memaklumkan dia dan isteri bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Krisjiana turut meluahkan rasa syukur atas kehamilan anak kedua itu. Untuk rekod, Badriah dan Krisjiana mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2019. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahata mata perempuan iaitu Xarena Zenara yang kini berusia 2 tahun Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!