suria

Peguam Jay-Z minta gugur kes, wanita dakwa dirogol bagi kenyataan meragukan

Peguam Jay-Z menyifatkan dakwaan wanita terbabit tidak konsisten.

PEGUAM mewakili Jay-Z memohon tuduhan serangan seksual yang dikemukakan seorang wanita terhadap penyanyi rap itu digugurkan.

Ia susulan keterangan wanita terbabit ketika ditemu bual dalam sebuah wawancara TV disifatkan tidak konsisten dan wujud keraguan dari segi fakta.

Bahkan, wanita tersebut mendedahkan dia tidak mempunyai saksi dalam kejadian yang berlaku pada 24 tahun lalu.

Copy of Untitled (22)

Jay-Z didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral itu bersama Diddy.

"Ketika ditemu bual NBC, plaintif mengakui ada membuat kesilapan dalam mengenal pasti suspek.

"Malah turut memberitahu tidak melihat jelas wajah suspek serta tidak pasti mengenai beberapa butiran seperti masa dan lokasi.

"Selepas dinilai secara keseluruhan, tuduhan tersebut tidak boleh dipercayai kerana tiada bukti sokongan mahupun seorang pun saksi dalam kejadian tersebut," katanya.

Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai Jane Doe itu mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol Jay-Z dan P. Diddy ketika berusia 13 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Jay-Z dituduh rogol remaja 13 tahun, minta mangsa buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Pengadu kes jenayah seksual P. Diddy dedah identiti, dakwa diperkosa 20 tahun lalu

Menurutnya, insiden tersebut berlaku ketika dia menghadiri acara 'after party' MTV Music Video Awards (VMA) pada tahun 2000.

Jay-Z bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut malah meminta mangsa untuk membuat laporan polis sekiranya benar dia melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Ramai menjangkakan Jay-Z akan menjadi sasaran seterusnya selepas P. Diddy terpalit dengan pelbagai dakwaan jenayah seksual.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain