suria

Untung Na In Woo tak perlu jalani latihan tentera, agensi pula enggan dedah alasan pengecualian

In Woo dikecualikan daripada menyertai latihan ketenteraan.

PELAKON Na In Woo dilaporkan terlepas daripada menjalani latihan ketenteraan yang sepatutnya dilaksanakan selama dua tahun.

Perkara itu disahkan agensi pengurusannya iaitu Hanada Company selepas menerima keputusan berkenaan oleh Jabatan Tenaga Kerja Ketenteraan pada Selasa lalu.

Copy of Untitled - 2024-12-18T143715.195

In Woo didakwa mempunyai masalah kesihatan.

"Memang betul bahawa In Woo dikecualikan daripada menyertai latihan ketenteraan berdasarkan maklumat yang diterima," katanya.

Wujud desas-desus mendakwa kononnya pengecualian tersebut berpunca disebabkan masalah kesihatan yang dialami bintang drama Marry My Husband itu.

Hanada bagaimanapun menegaskan mereka tidak mengetahui punca pengecualian tersebut memandangkan maklumat itu dianggap sulit.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaehyun NCT daftar latihan tentera 4 November, bakal sertai unit pancaragam

ARTIKEL BERKAITAN: Army tak sabar menanti kepulangan Jin BTS, tamat latihan tentera lagi 100 hari

"Kami tak pasti mengenai perkara itu memandangkan ini adalah keputusan jabatan ketenteraan. Jadi kami tak boleh komen selanjutnya," katanya.

Sebelum ini In Woo mendedahkan sudah pun mendaftar menyertai latihan berkenaan sejak tiga tahun lalu namun sehingga kini dia masih belum menerima sebarang panggilan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia