PENYANYI Mariah Carey mengejutkan ramai peminat apabila dia secara spontan turun dari pentas menyapa rakan artis iaitu Rihanna ketika menjayakan konsert yang berlangsung di Brooklyn, Amerika Syarikat pada Rabu. Bukan hanya bertegur, malah Mariah turut menurunkan tanda tangannya seperti diminta oleh Rihanna. Mariah teruja berjumpa Rihanna. Apa yang membuatkan peminat bersorak adalah tindakan dia menurunkan tandatangan pada bahagian buah dada penyanyi itu. Aksi tersebut turut dirakamkan oleh kamera dan Rihanna dilihat menjerit sebagai tanda teruja. ARTIKEL BERKAITAN: Remuk hati Mariah Carey terima berita duka, ibu dan kakak meninggal dunia hari sama ARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey hanya ‘mesin ATM’ buat keluarga, tak ziarah kakak sebelum meninggal dunia "Mariah Carey tandatangan pada bahagian dada saya," jerit Rihanna ketika kamera dihalakan kepadanya. Konsert Mariah Carey's Christmas Time itu sekaligus mengubati kekecewaan peminat selepas dia sebelum ini mengumumkan pembatalan dua lokasi jelajah akibat masalah kesihatan. Sehari sebelum konsert, Mariah memaklumkan dia bakal beraksi di Brooklyn sebagai lokasi terakhir konsertnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!