suria

Tubuh alami perubahan sejak hamil, Kiky Saputri dedah bahagian pusat berbau tahi

Kiky ketagih dengan bau pusatnya.

PELAWAK Kiky Saputri berkongsi perubahan fizikal dialami sejak disahkan hamil anak pertama.

Menurut Kiky, 31, salah satu perubahan ialah pusatnya menghasilkan bau busuk yang keterlaluan sehingga mengundang rasa kurang senang orang sekeliling.

Dia juga tidak pasti punca pusatnya itu mengeluarkan bau seperti najis manusia.

kiky 2

Pengurus Kiky muntah selepas menghidu bau pusat.

"Saya pun tak tahu kenapa pusat saya berbau seperti najis manusia. Risau kalau orang sekeliling terkena tempiasnya," luahnya di Instagram.

Bimbang dengan perkara itu, Kiky berkata dia terpaksa meminta beberapa orang kenalan terdekat mencuba bau yang keluar daripada pusatnya itu.

Namun mereka menolak sehingga terpaksa membohongi pengurusnya untuk menghidu bau tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa tak jadi kahwin, pelawak Kiky Saputri hampir jadi ‘escort girl’

ARTIEKL BERKAITAN: Selepas Meerqeen, Kiky Saputri dicium Refal Hady pula... Ramai makan hati!

"Pusat saya tak berbau, cuba awak hidu," katanya.

Pengurusnya bagaimanapun tidak dapat menahan rasa loya selepas menghidu bau yang kurang menyenangkan itu.

Untuk rekod, Kiky dan suami iaitu Muhammad Khairi mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain