suria

Bakal timang anak perempuan, Lesti Kejora gementar mahu bersalin secara pembedahan

Lesti akan bersalin menggunakan kaedah pembedahan.

PENYANYI Lesti Kejora memberitahu dia berkemungkinan akan melahirkan anak kedua secara pembedahan.

Lesti atau Lestiani, 25 berkata suaminya iaitu Rizky Billar mengizinkan permintaannya untuk bersalin melalui kaedah sama seperti kelahiran anak pertama.

"Doakan semuanya berjalan lancar sehingga semuanya selesai. Insya-Allah saya akan guna kaedah pembedahan sebab sebelum ini pun sama.

"Kalau ayahnya, dia okay saja, yang penting saya selesa, demi bayi dan saya dalam keadaan sihat dia okay," katanya.

830 x 533 (3)

Lesti agak gementar untuk melahirkan.

Dalam pada itu, Lesti turut menyatakan rasa gementar membilang hari kelahiran itu.

"Ya, untuk bayi kedua ini saya agak gementar kerana sebelum ini pun melalui kaedah pembedahan juga, tapi doakan saya dan bayi selamat.

"Kalau untuk tarikh lahir belum ada lagi tapi saya okay saja. Yang penting bayi sihat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora tak cemburu suami lakon adegan mesra dengan wanita lain... “Biar masyarakat menilai”

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora umum hamil anak kedua, Rizky Billar terkejut dapat hadiah ‘pregnancy test’

Dalam pada masa sama, Rizky mendedahkan jantina bayi yang akan dilahirkan tak lama lagi ialah seorang perempuan.

"Alhamdulillah anak kedua kami dan insya-Allah bayi yang akan lahir nanti perempuan," luahnya.

Untuk rekod, Lesti dan Rizky telah mendirikan rumah tangga pada 2021 mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Levian Al Fatih Billar yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain