PENYANYI Adele diarahkan untuk menurunkan lagu Million Years Ago daripada semua platform penstriman seluruh dunia kerana didakwa meniru karya orang lain.
Perintah itu diarahkan oleh Mahkamah di Brazil selepas seorang komposer negara itu, Toninho Geraes mendakwa Adele melakukan plagiat terhadap karyanya.
Memetik laporan The Guardian, perintah itu menuntut syarikat rakaman Adele membayar denda AS$8,000 (kira-kira RM35,584) bagi setiap tindakan ketidakpatuhan.
Adele didakwa meniru karya komposer dari Brazil.
Mahkamah Brazil juga memerintahkan syarikat rakaman Adele untuk menghentikan segera secara global, daripada menggunakan, menghasilkan semula, menyunting, mengedar atau mengkomersialkan lagu tersebut termasuk menerusi fizikal dan platform digital, penstriman atau perkongsian.
Bagaimanapun syarikat rakaman penyanyi berkenaan masih boleh membuat rayuan berhubung perkara itu sementara menunggu tindakan lanjut mengenai kes berkenaan.
Sementara itu, Geraes mendakwa Adele menciplak muzik samba klasiknya 'Mulheres' (Women) yang dirakam oleh penyanyi terkenal Brazil, Martinho da Vila menerusi album terbitan 1995.
ARTIKEL BERKAITAN: Adele umum rehat panjang, ‘tangki’ kosong tiada lagu baharu
ARTIKEL BERKAITAN: Melambung pujian Celine Dion, Adele penyanyi dalam kelas tersendiri
Dia turut memfailkan saman bagi kehilangan royalti, ganti rugi moral AS$160,000 (kira-kira RM711,680) serta kredit penulisan di lagu Adele.
Bukan hanya di Brazil, lagu Million Years Ago juga didakwa serupa dengan lagu 1985 nyanyian penyanyi Kurdish, Ahmet Kaya.
Bagaimanapun sehingga kini, syarikat rakaman Adele masih lagi tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!