PELAKON Nikita Willy selamat melahirkan cahaya mata kedua di Amerika Syarikat pada Ahad. Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Nikita atau Nikita Purnama Willy, 30, yang teruja menyambut kelahirkan bayi lelaki diberi nama Nael Idrissa Djokosoetono. "15 Disember 2024, Nael Idrissa Djokosoetono selamat dilahirkan, dibuat dalam kehangatan dikelilingi oleh individu tersayang," katanya. Nikita memilih teknik bersalin dalam air. Nikita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa. Dalam perkongsian tersebut, Nikita dipercayai melahirkan Nael di kediaman mereka menggunakan teknik bersalin dalam air. Pelakon Indonesia itu turut berkongsi foto saat dia melahirkan di dalam sebuah tab mandi. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal timang anak kedua Disember depan, Nikita Willy tetap pilih bersalin di Amerika ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy perlahankan karier selepas hamil anak kedua, belum fikir mahu bersalin di negara mana Pada Jun lalu, Nikita memaklumkan dia sedang hamil anak kedua dan memberitahu usia kandungan sudah memasuki tiga bulan. Sebelum itu, Nikita pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tujuh minggu dan ia berlaku pada Januari lalu. Untuk rekod, Nikita berkahwin dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Issa Xander Djokosoetono, 2, yang dilahirkan di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles. Walaupun tidak menetap di Amerika namun pelakon itu memilih bersalin di luar negara kerana ingin belajar lebih peka dalam menjadi ibu bapa lebih baik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!