PENYANYI Justin Timberlake menjadi bahan ejekan netizen selepas membuat persembahan di Nashville di Tennessee, Amerika Syarikat. Menerusi video yang tular di media sosial, Justin, 43, dilihat mengenakan tali pinggang keselamatan berbentuk segi tiga di bahagian pehanya. Perkara itu secara tidak sengaja menunjukkan bonjolan pada bahagian kelengkangnya. Peminat mula mengejek Justin selepas videonya tersebar. Ketika kejadian, Justin dilihat kurang selesa selepas menyedari dirinya menjadi perhatian ramai dan segera menutup bonjolan berkenaan dengan bajunya. Malah dia sehabis baik meneruskan nyanyian meskipun terlihat sedikit terganggu dengan perkara tersebut. Gara-gara bonjolan yang terbentuk tanpa disengajakan itu, ada netizen mengaitkan ia dengan bentuk kemaluan penyanyi itu. ARTIKEL BERKAITAN: Alami masalah tulang belakang, Justin Timberlake batal konsert atas nasihat doktor ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal! Justin Timberlake ditahan polis "Nampak tak? Macam kecil. Susah nak cari sampai terpaksa zoom. "Jadi Brittney (bekas kekasih Justin) tidak menipu selama ini. "Tak ada orang beritahu dia ke semasa latihan?" antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!