suria

Nikita Mirzani mengaku sedang bercinta dengan model lebih muda, rakan artis minta waspada takut diperguna

Nikita umum berhubungan bersama Matthew.

SELEBRITI sensasi Nikita Mirzani mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model yang lebih muda daripada usianya.

Menurut Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, dia secara rasminya kini sudah bergelar kekasih kepada jejaka bernama Matthew Gilbert.

"Malam tadi sudah rasmi. Kami berdua sudah mengetahui bahawa kami sama-sama suka.

Untitled design (13)

Nikita dan Matthew berbeza usia 14 tahun.

"Matthew Gilbert masih muda tetapi tidak seperti berusia 24 tahun. Dia sudah matang.

"Dia seorang yang sangat baik. Saya suka kerana personalitinya di media sosial dan realiti sangat berbeza," katanya.

Nikita berkongsi perkara itu ketika ditemui di Studio TransTV, Jakarta pada Isnin.

Berita gembira itu bagaimanapun tidak disambut baik teman rapatnya iaitu Satria Mulia yang meminta Nikita lebih berwaspada.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka aib teman wanita, netizen serang kekasih anak Nikita Mirzani

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam nasihat Nikita Mirzani izin anak kahwin kekasih, yakin cinta mereka tulus dan ikhlas

Ini kerana dia bimbang sekiranya Nikita dipergunakan oleh model terkenal itu.

"Ada budak muda yang mahu mengambil kesempatan ke atas kamu, Nikita.

"Hati-hati, jangan terlalu suka okay. Saya cakap sebab saya sayang awak.

"Dengan masalah yang tidak pernah habis. Saya tidak mahu awak ditimpa masalah lagi," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain