suria

Pelawak teruja bakal timang anak pada usia 67 tahun, syukur diberikan keturunan

Ki Daus teruja bakal sambut kelahiran anak lelaki.

PELAKON dan pelawak asal Indonesia iaitu Ki Daus meluahkan rasa teruja bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada usia 67 tahun.

Berkongsi perkara tersebut, Ki Daus juga tidak menyangka masih diberi rezeki memiliki anak meskipun usia sudah lanjut.

Pelakon ini juga memaklumkan isterinya iaitu Dewi Lestari bakal melahirkan cahaya mata lelaki.

ki daus 2

Ki Daus bersama isteri dan anak pertama mereka.

"Saya merasa bahagia yang tidak terkira. Masih tidak percaya pada usia begini diberi keturunan. Saya amat bersyukur.

"Sejak awal kehamilan memang mahukan anak lelaki. Biar kami ada sepasang cahaya mata," luahnya.

Bercerita lanjut, Ki Daus juga sudah melakukan persiapan bagi menyambut anaknya yang dijangka bakal dilahirkan awal tahun hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Mirzani mengaku sedang bercinta dengan model lebih muda, rakan artis minta waspada takut diperguna

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal timang anak perempuan, Lesti Kejora gementar mahu bersalin secara pembedahan

Dalam masa sama dia juga memberitahu isterinya tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam pelik sepanjang hamil.

Sebaliknya anak perempuan mereka yang kini berusia 13 tahun pula mengalami situasi mengidam.

"Anak saya masih bersekolah, tetapi dia yang merasa mengidam. Pelik juga kerana rasa itu datang kepada dia. Dia mengidam makanan yang masam dan pedas," kongsinya.

Untuk rekod, Ki Daus mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 2011 dan jarak usia mereka adalah 20 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia