PERKONGSIAN isteri kepada pemain dram Tommy Lee iaitu Brittany Furlan mendedahkan suaminya tidak gemar mandi menarik perhatian netizen. Ini selepas Brittany memberitahu bahawa Lee hanya mandi sekali dalam seminggu serta mengelap badan dengan menggunakan kain sahaja. "Dia hanya akan lap badan menggunakan kain putih jika berasa melekit. Suami saya mandi seminggu sekali. Tommy hanya lap badan sahaja. "Dia berkata, di Eropah, anda tidak perlu mandi setiap hari," katanya. Brittany berkongsi perkara itu ketika muncul dalam podcast bersama Kaitlyn Bristowe pada Rabu. Isteri pemain dram itu bagaimanapun menyifatkan Lee sebagai seorang yang rapi dan teratur meskipun jarang mandi. "Suami saya sangat kemas, yang orang tidak jangkakan daripada seorang pemuzik. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami Pamela Anderson, Tommy Lee kongsi gambar kemaluan di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Tommy Lee Dibelasah Anak Kerana Masalah Ketagihan Arak "Dia tidak selalu mandi, tetapi dia sangat kemas," ujarnya. Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik selepas mengetahui tabiat Tommy yang dianggap pengotor itu. "Saya minta maaf, tetapi itu keterlaluan. Dia perlu mandi setiap hari. "Itu sangat menjijikkan. Dia tidak berbau? Kenapa dia melakukan pengakuan begini? Dimana kemasnya?" komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!